Tuesday, March 10, 2009

LAWATAN SOSIAL KE RUMAH ARWAH SAMSUDIN BIN MOHAMAD (07 March 2009)

Jam 10.15a.m: ‘’Taiko kaw kat ner’’. Aku msg kt taiko. ‘’Kat ampang dah nih’’. Balas taiko. Padahal jam 10.15 pagi aku baru bertolak ke Kuala Lumpur. Janji jumpa di Petrol stesen berkembar KESAS jam 10.30-11.00 pagi. Biasala…..janji oditor mmg ngarut sket.

Jam 11.15a.m: Taiko sekeluarga, Angah dan Apai sedang menunggu ketibaan aku……mmg janji keling sket. Orang yg paling dekat biasanya sampai paling lewat maaa………Bersalaman skejap sambil berbincang arah dituju, kami tanpa berlengah masa, terus menuju Teluk Panglima Garang.

Jam11.30a.m : ‘’Tok kau jgn pergi sana wat party liar….ingat tujuan ko tok’’. Ampes syed Imran..siap msg ingatkan aku…..tq…..aku gi sana atas program komuniti kiter laa….party sex liar lom mula lagi…

Jam11.45a.m : ‘’Kiter gi umah arwah takyah bawak buah tangan buah kaki ker?’’aku msg skali lagi kt taiko……taiko ngan tenang jerk cakap…’’mung nak berenti, berentilah, aku ader bawak kepok lekor’’……ceh taiko kehadapan lagik….ni suda baek…..tompang yer …

Jam12.00tgh : ‘’Sesat dah kiter ni taiko’’. Setelah kami berpusing2 di dlm kawasan kampong arwah. 2-3 rumah kami bertanya, tiada siapa mengenal keluarga arwah…..last2…’’jom singgah gerai tepi simpang nuh’’cadang taiko. Mujur ade pelanggan gerai yg mengenali keluarga arwah.’’Adik masuk balik jalan ni, nampak simpang Taman Perwira masuk kanan, terus…..sampai hujung masuk kiri, rumah arwah selang 2-3 biji dari simpang’’ Jelas pakcik tuh dlm telo jawanya…..

Jam12.10tgh : Kami tiba dirumah arwah. Bapa arwah, jelas terpinga pinga melihat kehadiran 4 buah kereta yang tidak dikenalinya masuk ke laman rumah. Bermula babak sedih dalam pertemuan ini……

Pakcik knal saper saya?.....Ni taiko kan…..Ya Allah…sahut bapa arwah sambil bertukar pelukan. Sejurus itu kelihatan ibu arwah keluar menyambut kehadiran kami…….sambil menitiskan air mata sambil berpelukan…..kami berempat berasa sebak diatas kehadiran kami, terutamanya ketika terkenang hubungan erat kami ketika bersama arwah. Lantas kami dijemput masuk. Kami diajak bersembang. Semua topik tertumpu pada kenangan bersama arwah. Sessi ingat mengingati bermula……..

‘’Patutlah dua tiga bulan ni mata makcik asyik mengenyit ajer. Ingatkan orang jauh nak datang. Dah datang pon masih mengenyit lagi. Rupanya kamu semua yang ditunggu tunggu’’ celoteh ibu arwah. Sebak kami mendengar ibu arwah berkata begitu. Sememangnya Taiko sudah merancang sejak bulan 1 lagi. Kebetulan……mungkin.

Air teh ‘o’ panas dihidang sbelum hujan bermula merancakkan lagi perbualan kami. Satu persatu adik arwah memperkenalkan diri…..Tiba2 hujan berderai…..menyebabkan sessi perbualan kami terhenti….Bapa arwah meminta diri untuk merehatkan diri sebentar….memandangkan keadaan beliau yang tidak begitu sihat. Taiko mengambil kesempatan utk mandikan anak nya setelah jauh berjalan. 4.30pagi tiba di jerantut, 8.00pagi bertolak ke KL…..hebat btul taiko. Aku bersama isteri bersembang sambil membelek2 majalah kebanggaan Batch kiter…..MAJALAH KITELAH…..’’Ni nuor nih presiden batch kitorang….+ bdak2 active time abg blajar dulu. Abg dulu bdak nerd ajerk’’sembang ku.

Hujan berhenti tepat jam 2.30. Angah dan Apai berundur meminta diri kerana ader urusan lain. Sebelum mereka mengundur diri, beberapa photo diabadi utk kenangan bersama.

Sejurus kemudian, aku, taiko dan adik arwah, Mahadi, berangkat menuju ke kubur arwah. ‘’Mak tak pernah lawat ke kubur arwah, tak boleh, mak blum kuat nak hadapi’’ sedih ketika mendengar Mahadi bercerita. Selama 10 tahun ibu arwah masih belum boleh menggagahi diri untuk kekubur. ‘’Selama ni cuma abah je yg datang, sejak akhir2 ni abah pon dah tak berapa sihat, kami adik beradik je lah yg datang bersihkan’’ jelasnya lagi. Hampir 10 tahun ibu arwah memendam rasa. Ibu mana yang tidak sedih melihat nasib anaknya sebegitu. Semoga Allah membalas jasa dan penat lelah ibu arwah membesarkannya. Bacaan yasin kami mengiring ingatan kami terhadap arwah.

Pulang dari kubur jam tepat 3.30 petang. Setelah taiko menunaikan solat zohor(aku wat kat umah sbab dkat ajerk), kami berdua meminta izin untuk pulang. Sayu melihat ibu arwah seolah olah tidak mahu melepaskan kami pulang. Kami bertukar pelukan sebelum mengundur diri. Hanya linangan air mata sempat bertukar balas. Aku mengabdikan beberapa photo buat tatapan rakan2. Sayup kami meninggalkan rumah arwah dapat ku lihat dari jauh, ibu arwah tidak dapat menahan sebak. Selamat tinggal keluarga arwah…..Insya Allah, kami akan kembali……Alfatihah buat rakan kami SAMSUDIN BIN MOHAMAD.

Ps: Mona…..ibu arwah kirim salam. Beliau byk bercerita mengenaimu. Kunjunglah ke rumah arwah, manalah tahu dapat mengurangkan kesedihan ibu arwah.

Special thanks to Apai, Angah dan Taiko sekeluarga kerana menjayakan ziarah ini.

Sampai Rumah Arwah










Sembang








Rumah Arwah










Bergambar Kenangan















1 comment:

  1. alhamdullilah, berjaya jugak aktiviti ni....
    sedih & terkejut bila mula-mula dgr arwah masuk hospital,.. baru plan nak gi melawat, dia pulak meninggal,.. masa tu aku kerja kat Perak lagi..
    al-Fatihah utk arwah...

    Safir

    ReplyDelete